Saya merupakan anak yang pertama dalam keluarga saya. Kelahiran saya
telah memberi rasa bahagia serta gembira kepada keluarga saya serta
keluarga ibu bapa. sejak kecil saya telah dijaga oleh datuk dan nenek
saya. nenek dan datuk saya tinggal di Titi, sebuah kampung Cina yang
kecil. Dalam memori saya semasa tinggal di kampung kecil itu, datuk saya
sering membawa saya ke taman-taman permainan untuk bermain. selepas
balik dari taman permainan, datuk saya mesti akan membeli gula-gula yang
berperisa Barli yang menjadi kegemaran saya sehingga hari ini. saya
terdapat pelbagai pengalaman yang unik semasa saya kecil. saya pernah
memanjat pokok rambutan untuk memetik rambutan. Saya tidak ingin
menghadiri kelas tadika pada umur 4 tahun dengan membuatkan perbuatan
yang pelik kepada datuk saya untuk menminta datuk saya supaya tidak
menghantarkan saya ke tadika.
Selepas itu, saya telah berpindah untuk berhidup dengan ibu bapa
saya di Semenyih. saya terpaksa menghadiri tadika kerana tidak mempunyai
perlindungan datuk. saya terpaksa bangun pada 5 pagi untuk menaiki bus
ke tadika dan balik pada 3 petang, kehidupan yang tidak cukup tidur
merupakan masa yang terseksa kepada saya. Selepas melihat saya belajar
secara tidak gembira, ibu bapa saya menukar saya kepada sebuah tadika
yang mempunyai model yang kecil. Dalam tadika itu, terdapat beberapa
ekor angsa yang sangat ganas sering mengejar saya yang bertubuh kecil.
Dalam tadika saya telah menjumpai satu cikgu yang baik, dia sering
mengajar saya serta menjaga saya dengan penuh kasih sayang. Cikgu ini
telah memupuk imej guru yang baik dalam hati saya.
Saya telah memasuki Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Sin Ming.
Saya merupakan pelajar yang biasa sahaja oleh itu tidak dapat menarik
perhatian cikgu. Namun begitu terdapat satu cikgu yang meninggalkan
pengaruh kuat kepada saya iaitu Cikgu Yap. beliau telah menggalak saya
menyertai pertandingan syarahan serta membimbing saya dalam akedemik.
Dengan penjagaan beliau keputusan saya berkembang secara pantas, saya
juga menjadi seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Selepas UPSR saya berjaya memasuki Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Yu Hua yang sukar dimasuki kerana dalam daerah Hulu Langat
hanya terdapat sebuah sekolah menengah yang beraliran Cina. Dalam
sekolah ini terdapat pelbagai activiti kokurikulum yang aktif. Sekolah
kami mendapat sekolah menengah cemerlang dalam kokurikulum dalam
Malaysia. Saya telah mencuba banyak activiti kelab serta persatuan,
melalui penyertaan aktiviti kokurikulum saya dapat memperolehi banyak
ilmu pengetahuan yang tidak dapat dipelajari dalam buku teks. Kelab
Bahasa Cina merupakan kelab yang paling aktif serta berkualiti di
sekolah saya. Hal ini berlaku kerana cikgu penasihat merupakan guru yang
bertanggungjawab serta sangat cinta dalam kerja memartabatkan budaya
orang Cina. Beliau akan memastikan setiap activiti dilaksanakan dengan
sempurna dan lancar. Walaupun saya tidak menjadi jawatankuasa kelab
Bhasa Cina, namun saya memang menghormati cikgu ini dan berharap saya
akn menjadi seorang guru seperti beliau pada masa depan.
Setelah menduduki SPM saya telah menyertai Program Latihan Khidmat
Negara. melalui program ini saya telah menyenali banyak kawan-kawan yang
baik serta saling menghormati. selain itu, melalui program ini saya
telah mempelajari cara untuk bergaul dengan kawan-kawan dari kaum lain.
hal ini demikian kerana sejak kecil saya hidup dalam masyarakat Cina
sahaja. dalam masa tiga bulan ini, saya telah memikirkan masa depan saya
dan mengumpulkan maklumat tentang masa depan.
Selepas pengumuman keputusan spm saya telah banyak memikir tentang
pekerjaan saya pada masa depan. sebenarnya saya mempunyai dua pilihan
yang saya minat iaitu paling minat adalah terapi pertuturan yang
mengajar kanak-kanak berkeperluan khas untuk bercakap serta
berkomunikasi dengan pihak lain. pilihan kedua ialah jurutera kerana
fizik saya baik dan bapa saya merupakan jurutera yang baik. akhirnya,
saya mendapat khusus kejuruteraan dari universiti tempatan serta swasta,
tetapi saya memilih untuk menolak kerana saya tidak mempunyai keminatan
yang besar dalam kejuruteraan. Selepas itu, saya tidak dapat tawaran
untuk mengambil kursus terapi pertuturan di UKM dan Taiwan.
Oleh itu, saya menerima tawaran institusi pengguruan ini kerana saya
ingin membantu kanak-kanak berkeperluan khas secara efektif. sebenarnya,
cikgu bukan cita-cita saya sejak kecil namun saya telah memasuki dan
menjadi guru persediaan. sememangnya, sepupu saya yang bermasalah Autism
Spectrum Disorder merupakan faktor yang paling utama saya menduduki
khusus ini kerana saya menjaga dia sejak kecil dan saya telah merasai
perasaan seorang ibu berkeperluan khas.
Di atas merupakan perjalanan hidup saya. harap pembaca dapat mengenali
saya dan berusaha membantu kanak-kanak masalah pembelajaran. harap semua
pembaca tidak akan menggunakan maklumat ini untuk membuat sesuatu yang
tidak baik. : )
No comments:
Post a Comment