Selamat datang dan salam
sejahtera. Nama saya Tor Lu Yen merupakan pelajar unit P2 dari Institusi
Pendidikan pengguruan kampus Ipoh. Saya berasal daripada
Semenyih,Selangor. Saya berlahir pada 4 November 1995 di sebuah hospital
di Kuala lumpur.
Saya belajar di SJK(C) Sin Ming sebuah sekolah rendah yang beraliran
Cina, oleh itu saya hanya hidup dalam masyarakat Cina. setelah
menghabiskan pelajaran di Sin Ming, dengan keputusan yang cemerlang saya
berjaya memasuki Sekolah Menengah Yu Hua. Sekolah Menengah ini hanya
dibuka kepada pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang dalam akedemik
atau kokurikulum.
Keluarga saya merupakan sebuah keluarga yang bahagia. saya
mempunyai ibu bapa yang mencurah kasih sayang yang mencukupi dalam
pembesaran saya. Saya mempunyai seorang adik yang comel dan sering
melakukan benda-benda yang sangat istimewa.
Saya suka makanan yang pedas serta masam terutamanya tom yam.
Warna yang saya suka ialah warna Biru, Ungu dan Putih. Hobi saya adalah
menonton korean drama serta menyertai kem-kem budak-budak. Saya sangat
suka bermain dengan kanak-kanak, oleh itu, saya berpilih untuk menjadi
seorang guru.
Tokoh yang saya minati ialah Master Zheng Yan, beliau merupakan seorang
wanita yang membantu orang-orang yang bersusah atau mengalami bencan
alam. Beliau akan menggunakan pelbagai cara untuk membantu orang susah
tanpa mendapat apapun. Saya bercita-cita untuk menjadi seperti beliau
supaya masyarakat akan saling membantun serta menghormati.
No comments:
Post a Comment